suria

Remaja terkenal di TikTok maut tertembak diri sendiri ketika aksi dirakam rakan

Ramaja berkenaan berpura-pura menembak diri sendiri dan videonya dirakam untuk dimuat naik di TikTok namun tanpa disangka, senjata tersebut mempunyai peluru. Gambar hiasan

SEORANG remaja Pakistan maut ketika dia berpura-pura menembak dirinya sendiri di mana aksi tersebut dirakam oleh rakan-rakan untuk video TikTok, kata polis.

Mangsa yang dikenali sebagai Hamidullah, 19, yang dikenali di media sosial menurut polis, memegang pistol rakannya dan menarik pemicu, tanpa menyedari senjata itu berisi peluru.

"Remaja itu mati serta merta," kata Badshah Hazrat, seorang pegawai kanan polis di barat laut Lembah Swat.

Walaupun rakaman kejadian tidak dimuat naik ke TikTok, polis menyatakan rakan-rakan menyebarkannya dalam kalangan mereka dan ia segera tersebar meluas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Remaja itu terkenal dan aktif di TikTok," kata Hazrat kepada AFP.

Remaja 19 tahun itu mempunyai lebih 8,000 pengikut dan memuat naik hampir 600 klip di TikTok.

Sebahagian besar daripada postingnya adalah berkisarkan gurauan dengan rakan-rakan, bermain kriket, dan aktiviti lain.

Kematian remaja itu adalah insiden terbaharu melibatkan aksi media sosial yang 'tidak menjadi' di Pakistan. - Thejakartapost

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain