suria

Hantar surat untuk ceriakan Ratu Elizabeth II, budak 5 tahun terkejut dapat jawapan balas istana

Foto kanan menunjukkan surat yang ditulis dan dilukis Erin untuk Ratu Elizabeth II, dan foto kiri merupakan surat balas daripada baginda. -foto MEN MEDIA

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikejutkan dengan surat balas daripada Ratu Elizabeth II, susulan suratnya yang mengatakan dirinya sedih berikutan kemangkatan Putera Philip.

Memetik laporan Grimsby Live, Erin Bywater, dari Scunthorpe, United Kingdom berkata, dia akan menyimpan surat itu dan ingin menunjukkannya kepada rakan-rakannya di sekolah.

Kanak-kanak itu mempelajari tentang keluarga diraja Britain dan mahu membantu apabila mendengar berita kemangkatan Putera Philip.

Terdahulu, kanak-kanak itu menulis sepucuk surat kepada Ratu Elizabeth II, termasuk lukisan yang dihasilkannya dengan harapan dapat menceriakan baginda.

Keluarga Erin amat terkejut apabila kanak-kanak itu menerima maklum balas yang segera dari Istana Buckingham, apatah lagi komitmen baginda pada masa ini dan kemungkinan jumlah surat yang banyak diterima baginda.

"Sungguh mengejutkan menerima surat balas itu," kata ibu Erin, Nicola.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Surat Erin termasuk lukisan tangan membuat lakaran baginda dengan berkata: "Saya menyukai topi dan kot tuanku. Adakah tuanku mempunyai kucing atau anjing?

"Patik tahu tuanku sedih, jadi saya fikir tuanku akan menyukai gambar ini."

Menerusi surat balas, Istana berkata: "Beta mengucapkan terima kasih dengan tulis atas ucapan simpati atas kemangkatan suami beta. Elizabeth R." - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain