suria

3 kanak-kanak cedera setiap jam di Gaza akibat serangan Israel

Doktor-doktor membawa seorang kanak-kanak perempuan yang cedera untuk diberikan rawatan di Hospital Al-Shifa. foto AFP

SEKURANG-kurangnya 198 rakyat Palestin, termasuk 58 kanak-kanak terbunuh di Semenanjung Gaza sejak serangan Israel seminggu lalu.

Memasuki minggu kedua serangan itu, dilaporkan lebih 1,300 rakyat Palestin turut cedera.

Tentera Israel melancarkan satu lagi serangan udara di Semenanjung Gaza pada awal pagi Isnin waktu tempatan, beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa serangan akan berleluasa di wilayah Palestin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, hampir tiga kanak-kanak di Gaza cedera setiap sejam sejak keganasan meletus di wilayah itu pada Isnin minggu lalu, menurut pertubuhan Save the Children.

Sejak seminggu lalu, sekurang-kurangnya 58 kanak-kanak di wilayah itu dan dua kanak-kanak di selatan Israel terbunuh.

Lebih 1,000 rakyat Palestin termasuk 366 kanak-kanak turut cedera di Gaza.

"Berapa banyak lagi keluarga perlu kehilangan orang tersayang sebelum masyarakat antarabangsa mengambil tindakan? Di mana kanak-kanak dapat selamatkan diri apabila serangan udara meletus kediaman mereka?" kata pengarah negara Save the Children's Palestin, Jason Lee.

"Keluarga-keluarga di Gaza dan kakitangan kami memberitahu bahawa mereka berada di titik kemuncak - mereka hidup menderita tanpa tempat untuk berlindung dan belum lagi nampak penderitaan ini akan berakhir," kata Jason. - Al Jazeera

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain