suria

Menakutkan! Pasangan dirakam makan, minum tanpa tanggal topeng muka seperti filem seram

Pasangan dirakamkan menikmati hidangan tanpa menanggalkan topeng muka. Foto TikTok/boiohboii

SATU pasangan yang merakamkan mereka menikmati makanan dan minuman menerusi topeng muka menggemparkan netizen.

Adegan yang tidak menyenangkan itu dilakukan di sebuah restoran Itali di Amerika Syarikat, pada hujung minggu lalu.

Ia dikesan menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, dengan keterangan video: "Date makan malam, tapi pastikan ia selamat."

Video tersebut menunjukkan pasangan itu dilihat memakai topeng muka ketika menikmati hidangan.

Lelaki berkenaan memakan spageti menerusi topeng muka yang dipotong khas, manakala seorang wanita dilihat menikmati minuman tanpa menanggalkan topeng muka.

Pada satu tahap, wanita tersebut cuba untuk memasukkan penyedut minuman ke dalam mulutnya menerusi topeng muka.

Walaupun mereka mempunyai tujuan yang baik, tetapi rakaman tersebut tidak ubah seperti filem seram.

Video itu meraih lebih tiga juta tontonan dan tular di media sosial. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

makan, minum, topeng muka, TikTok, filem seram,

Artikel Lain