suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar ikan gergasi seperti ‘alien’ terdampar di pantai

Dua lelaki menemui ikan gergasi yang kelihatan seperti alien. Foto Metro co uk

PELANCONG digemparkan dengan seekor ikan gergasi yang kelihatan seperti alien, terdampar di sebuah pantai di Australia.

Ketika kejadian, Tim Rothman dan James Barham sedang bersiar-siar di sepanjang pantai Kennett River di Victoria pada Isnin sebelum menemui seekor ikan berukuran enam kaki (hampir dua meter).

Dikenali sebagai ikan matahari, ia boleh membesar sehingga 11 kaki (3.35 meter) dan seberat hingga 2.5 tan.

Ia digambarkan menyerupai 'gumpalan besar yang terapung' oleh National Geographic, meskipun Tim dan James melihatnya seperti alien.

"Kami berjalan bersama dan melihat gumpalan besar ini di atas pasir," kata Tim kepada Geelong Advertiser.

"Saya tak pernah melihat seperti itu sebelum ini. Ia kelihatan seperti alien dari jauh," tambahnya.

Ikan matahari sering dilihat di perairan Australia walaupun biasanya dijumpa dari jauh.

Bangkai ikan yang ditemui di Kennett River dikatakan telah terdampar sejak beberapa hari sebelum dikesan oleh satu pasanga dan anak perempuan mereka pada Sabtu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ikan alien, ikan matahari,

Artikel Lain