suria

Gara-gara tegur penumpang bas pakai topeng muka bawah dagu, dada lelaki cedera digigit

Robert cedera di bahagian dada selepas digigit penumpang yang berang ditegur kerana tidak memakai topeng dengan betul. Foto CEN

SEORANG lelaki warga Ireland cedera digigit di bahagian dada selepas meminta seorang lelaki memakai topeng muka dengan betul.

Lelaki berkenaan, Robert Murphy tinggal di Merksem di wilayah Antwerp, Belgium.

Katanya, ketika kejadian dia menaiki sebuah bas sebelum mendengar seorang lelaki yang duduk di belakangnya tiba-tiba bersin.

Dia kemudian merasakan terdapat renjisan air di belakang kepalanya.

Robert yang botak segera menegur lelaki berkenaan supaya memalingkan mukanya sekiranya mahu bersin.

Robert berkata, lelaki tersebut kemudian memohon maaf.

Sejurus selepas insiden itu, satu pasangan menaiki bas dan duduk bertentangan dengan Robert, sambil memakai topeng muka yang diletakkan di bawah dagu.

Dia menegur pasangan itu supaya memakai topeng muka dengan betul, menutupi hidung dan mulut.

Robert bagaimanapun memberitahu seorang lelaki enggan melakukannya.

Keadaan bertambah buruk dan berlaku serangan fizikal.

"Saya digigit di bahagian dada. Dia cuba gigit saya lagi," katanya.

Penumpang-penumpang lain cuba meleraikan pergaduhan sebelum pasangan itu dilaporkan melompat keluar dari bas dan melarikan diri. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

topeng muka, dada, gigit, penumpang,

Artikel Lain