suria

Kajian dedah ramai lelaki tak puas hati dengan saiz alat sulit, pakar suarakan kebimbangan jika ada yang suntik bahan terlarang

Menurut pakar, video lucah juga menjadi pendorong lelaki berasa kurang yakin dengan diri mereka.

KAJIAN Universiti California mendedahkan hanya 55 peratus lelaki berpuas hati dengan saiz alat sulit mereka.

Menurut kajian diketuai Edward Choi, separuh daripada responden kajian tidak berpuas hati biarpun majoriti kaum hawa tidak kisah akan hal itu.

"Bagaimanapun, 85 peratus pasangan mereka mengakui tidak gusar akan hal itu," ujarnya.

Menurut Choi, video lucah juga menjadi pendorong lelaki berasa kurang yakin dengan diri mereka.

Malah, dia gusar jika ada yang mengambil jalan mudah dengan menggunakan alat dan ubat-ubatan yang merbahaya.

"Mereka berkemungkinan akan cari alternatif merbahaya dan guna rawatan yang dijumpai di internet.

"Ada banyak laporan pesakit suntik bahan terlarang untuk membesarkan saiz alat sulit," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain