suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontrak berbaki setahun bersama Arsenal, Ozil pertimbang berhijrah ke Turki atau AS

Kontrak Ozil bersama The Gunners hanya berbaki setahun lagi. Foto: Getty Images

MESUT Ozil hanya mempertimbangkan dua pilihan setelah dia meninggalkan Arsenal kelak.

Pemain antarabangsa Jerman itu hanya mempunyai baki satu tahun di Emirates, tanpa harapan akan ada kontrak baharu bersama The Gunners.

Pemain berusia 31 tahun itu walaubagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk berhijrah sebelum kontraknya tamat.

Namun, dia dikhabarkan sedang mempertimbangkan untuk berhijrah ke Turki atau Amerika Syarikat (AS).

Kelab Turki, Fenerbahce dilaporkan telah lama mengintai Ozil yang mempunyai susur galur keturunan dari negara berkenaan, tetapi tidak mampu melakukan pertukaran ekoran bayaran gaji yang diterima Ozil terlalu tinggi.

Ozil merupakan bintang The Gunners yang dibayar gaji paling tinggi iaitu £350,000 (RM1.90 juta) seminggu.

Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana enggan menerima pemotongan gaji berikutan pandemik Covid-19. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mesut Ozil, Arsenal, Turki, AS

Artikel Lain