suria

Tumbuk lelaki tua di bar, bintang UFC Mike Perry hanya jawab ‘no komen’ selepas video pergaduhan tersebar

Video pergaduhan Mike Perry tersebar di mana dia telah mencederakan tiga invididu dalam insiden itu. Foto: MMAEejit

BINTANG Ultimate Fighting Championship (UFC), Mike Perry berdepan dengan tuduhan atas dakwaan melakukan serangan terhadap seorang lelaki tua, di sebuah bar di Texas, Selasa lalu.

Kekecohan tercetus selepas Perry diminta meninggalkan bar berkenaan.

Dia kemudian menumbuk seorang pekerja bar dan enggan meninggalkan lokasi sehingga terpaksa diiring keluar.

Seorang lelaki tua mula bertengkar dengan Perry dan berlaku kekecohan, di mana petinju itu menumbuknya sehingga terjatuh ke tanah.

Polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian mendapati lelaki tua itu masih tidak sedarkan diri dan dilaporkan tiga individu menjadi mangsa serangan Perry dalam insiden tersebut.

Bintang UFC itu hanya menulis 'tiada komen' di Twitter selepas video kekecohan itu tersebar.

Perry menghadapi tuduhan serangan Kelas A, yang mana boleh didenda sehingga $500 (RM2,131). - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

UFC, Mike Perry, bar, tumbuk

Artikel Lain