Azmeer 'gantung but' awal mahu tumpu bidang perniagaan, Pusat Pengajian Islam

Azmeer mengambil keputusan berehat daripada karier bola sepak bagi memberi tumpuan dalam bidang perniagaannya.

PEMAIN pertahanan, Azmeer Yusof mengambil keputusan menamatkan kontrak lebih awal dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya di Kedah dan Kuala Lumpur.

Pemain berusia 30 tahun itu memaklumkan dia mahu memberi fokus terhadap perniagaan seluar sukan dan syarikat pembersihan sampah di Kuala Lumpur, selain kedai gunting rambut yang diberi nama AY Barber Shop di Alor Setar yang dimulakan sejak awal tahun ini.

Azmeer turut memaklumkan kesibukan menguruskan pembinaan Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar, turut menjadi faktor utama dia menamatkan kontrak lebih awal dengan KFA yang sepatutnya berakhir pada penghujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh PKP buka pintu rezeki buat pemain Kedah... Azmeer kini tauke ikan!

"Proses pembinaan pusat pengajian berkenaan termasuk pengambilalihan tanah memerlukan saya kerap turun ke tempat tersebut, dan itu antara punca utama saya mengambil keputusan menamatkan kontrak lebih awal dengan KFA.Tiada masalah bayaran gaji dan sebagainya (dengan KFA)," katanya.

KFA menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya pada Rabu memaklumkan kedua-dua pihak mencapai kata putus untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mendapat permintaan daripada pemain itu sendiri.

Dalam pada itu, Azmeer tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan cadangan kembali ke saingan bola sepak tempatan sekiranya ketiga-tiga perniagaan berkenaan, diuruskan dengan baik oleh ahli keluarga serta pekerjanya.

"Sekiranya kesemua perniagaan berkenaan memerlukan saya untuk selalu turun padang, mungkin saya akan bersara terus daripada arena bola sepak. Sekiranya ada tawaran untuk pengurusan pasukan, mungkin saya akan pertimbangkan namun bukan sebagai pemain atau jurulatih," jelas Azmeer.

Ditanya mengenai pencapaian cemerlang sejak bergelar pemain profesional pada 2009, Azmeer berkata kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 2016 dan trofi Piala FA pada musim lepas bersama Kedah merupakan antara detik manis yang tidak akan dilupakannya.

"Saya berterima kasih kepada jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah yang berjaya mengesan bakat saya sebelum beliau mengambil keputusan meminjamkan khidmat saya daripada pasukan Pos Malaysia FC ke Negeri Sembilan pada 2012, sekali gus berjaya menaikkan nama saya dalam arena bola sepak tempatan," jelasnya.

Azmeer memulakan karier profesional bersama Proton FC pada 2009 sebelum berhijrah ke beberapa pasukan termasuk Perak, Angkatan Tentera Malaysia, Kedah dan Kuala Lumpur. -Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azmeer Yusof, Kedah, Bisnes, Gantung But

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain