Beritahu nak ‘move on’ dari hubungan toksik, sudah jumpa pengganti... wanita sarat hamil mati ditikam bekas kekasih

McKenzie menikam bekas teman wanitanya, Kelly-Mary Fauvrelle sebanyak 21 kali gara-gara cemburu. Foto: PA

GARA-GARA cemburu, seorang lelaki sanggup membunuh bekas teman wanitanya yang sedang sarat hamil.

Dalam kejadian pada Jun tahun lalu itu, Aaron McKenzie, 26, dari Peckham, selatan London, memecah masuk ke bilik tidur Kelly-Mary Fauvrelle pada waktu tengah malam dan menikamnya sebanyak 21 kali ketika keluarga mangsa sedang tidur di tingkat atas kediaman.

Menurut pihak pendakwa, McKenzie bertindak demikian selepas bekas teman wanitanya memberitahu bahawa dia mahu menjauhkan diri daripada hubungan 'toksik', dan sudah bertemu dengan seseorang sebagai pengganti.

Pegawai perubatan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa wanita malang berkenaan, namun gagal.

Bayi lelaki pasangan itu selamat dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean, iaitu tujuh minggu sebelum tarikh jangkaan sebenar, namun meninggal dunia empat hari kemudian di hospital.

McKenzie, seorang pemandu kren disabitkan atas dakwaan membunuh bekas teman wanita, bayi lelaki mereka dan memiliki senjata berbahaya.

Dia akan dijatuhkan hukuman di mahkamah pada 17 Julai depan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

toksik, cemburu, hamil, tikam

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain