suria

Lelaki kecewa dihalau daripada melalui kaunter drive-thru hanya kerana menaiki kereta kuda

Ian bersama kudanya Jon Jon 'dihalau' daripada melalui kaunter drive-thru restoran makanan segera berkenaan. Foto: SWNS

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa dan mendakwa dirinya terhina kerana 'dihalau' ketika mahu membuat pesanan menerusi kaunter pandu lalu (drive-thru) di sebuah restoran makanan segera di Cumbria, hanya kerana menaiki kereta kuda!

Menurut Ian Bell, 55, sewaktu dia menghampiri tingkap kaunter pandu lalu, pengurus restoran berkenaan keluar dan meminta pergi atas faktor kesihatan dan keselamatan pelanggan lain.

Ian berkata: "Saya sudah beratur di belakang beberapa buah kereta untuk membuat pesanan apabila tiba-tiba pengurus restoran keluar dan berkata 'anda tak dibenarkan melaluinya'.

"Saya tak percaya dengan apa yang saya dengar. Saya tak melakukan apa-apa kesalahan. Kuda saya, Jon Jon juga berkelakuan baik," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap restoran makanan segera itu berkata: "Kami tidak mahu menimbulkan masalah dan kami minta maaf atas pengalaman anda dan Jon Jon.

"Tetapi keselamatan para pelanggan kami sangat penting, jadi kami tidak boleh membenarkan kuda bersama dengan kenderaan lain di laluan kaunter pandu lalu". - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kereta kuda, drive thru


Artikel Lain