suria

Ikan salmon import dikaitkan dengan kluster baharu dikesan di Beijing, 79 kes positif direkodkan

Kakitangan perubatan melakukan ujian saringan terhadap penduduk di wilayah yang terjejas.

KLUSTER baharu Covid-19 di China digambarkan sebagai ‘peristiwa penting’ oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Pusat penularan kluster baharu itu di Beijing masih belum dapat dipastikan, kata pegawai WHO pada Isnin.

Menurut dakwaan, ia mungkin disebabkan bungkusan ikan salmon import yang digambarkan sebagai ‘hipotesis’.

Pegawai China mengesahkan peningkatan 79 kes positif baharu selama empat hari di Beijing.

Terdahulu media tempatan melaporkan virus itu ditemui di atas papan pemotong digunakan untuk salmon import di pasar Xinfadi di bandaraya itu.

Akibat kluster baharu itu, 11 kawasan berdekatan diarahkan menjalani perintah berkurung di rumah.

Chu Junwei, seorang pegawai daerah Fengtai barat daya Beijing, memberitahu orang ramai bahawa kawasan itu berada dalam mode darurat zaman perang, lapor The Sun.

Susulan itu, syarikat ikan Norway menghentikan penjualan ikan salmon ke China. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Lain