suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lari ikut lelaki lain selepas kahwin, gadis maut dipenggal suami

Tubuh isterinya ditinggalkan berselahan sebatang sungai.

SEORANG gadis berusia 19 tahun maut dipenggal suaminya selepas dipercayai melarikan diri beberapa hari selepas mereka berkahwin.

Menurut laporan Iran International TV, suspek berusia 23 tahun itu melakukan perbuatan kejam itu selepas berjaya menjejaki isterinya selepas pencarian selama setahun.

Suspek bagaimanapun menyerah diri kepada polis di bandar Abadan sambil memegang sebilah pisau berlumuran darah.

Malah suspek mengaku berbuat demikian kerana mendakwa isterinya berlaku curang.

Suspek dipercayai memenggal kepala isterinya dan meninggalkan badan mangsa bersebelahan Sungai Bahmanshir.

"Seorang pengantin muda melarikan diri dari rumah dengan lelaki lain dua hari selepas perkahwinannya setahun yang lalu.

"Suspek mencari isterinya selama setahun sehingga bertemu semula dengannya di Mashhad sebelum bertindak di luar kawalan," kata jurucakap polis.

Insiden berlaku di wilayah Khuzestan, Iran yang membenarkan pembunuhan terhadap isteri yang melarikan diri dengan lelaki lain. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penggal, kepala, isteri, curang, kahwin

Artikel Lain