suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh imej tulang manusia dikesan di planet Marikh, ini jawapan Nasa

Imej seakan tulang manusia dikesan di planet Marikh. Foto: Nasa

TERDAPAT banyak batuan berbentuk ganjil yang dikesan di planet Marikh yang berdebu dan tandus.

Namun kebelakangan ini muncul laporan yang berlegar di internet mengenai penemuan objek menyerupai tulang manusia di planet berwarna merah itu.

Sebenarnya, imej objek yang dikatakan tulang manusia itu diambil pada tahun 2014 oleh pasukan Nasa Curiosity.

Ia kembali diperkatakan kini kononnya seumpama 'bukti' bahawa ada makhluk yang pernah mendarat di planet berkenaan.

Nasa sendiri terpaksa mengambil masa untuk menyingkirkan teori tersebut enam tahun yang lalu.

"Dilihat oleh Mars Rover Curiosity menggunakan kamera MastCamnya, batuan ini mungkin kelihatan seperti tulang paha femur.

"Anggota pasukan misi sains berpendapat bentuknya kemungkinan terpahat oleh hakisan, sama ada angin atau air," tulis jurucakap agensi angkasa itu dalam catatan blognya.

"Marikh mungkin tidak mempunyai oksigen yang cukup di atmosferanya dan di tempat lain untuk menyokong organisma yang lebih kompleks. Oleh itu, tak mungkin ia adalah tulang manusia". - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tulang manusia, Marikh, Nasa

Artikel Lain