suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat pejuang Hawk milik TNI terhempas di Riau

Beberapa buah rumah rosak teruk selepas sebuah pesawat pejuang Hawk milik TNI terhempas pada pagi Isnin. Foto: Antara

SEBUAH pesawat pejuang jenis Hawk 209 milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) terhempas di kawasan perumahan di Riau, pagi Isnin.

Jurucakap TNI Marshal Pertama Fajar Adriyanto berkata, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Rusmin Nuryadin di bandar Pekanbaru, sebelum terhempas kira-kira 5 kilometer (km) di Kubang Jaya.

Memetik laporan tempatan, juruterbang pesawat yang dikenali sebagai Apriyanto Ismail sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan terselamat dalam kemalangan itu.

Dia dibawa ke Hospital Angkatan Udara Dr Soekirman di Pekanbaru.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.13 pagi waktu tempatan itu mengakibatkan beberapa buah rumah rosak teruk.

Dalam kenyataan kepada The Jakarta Post, Angkatan Udara Indonesia berkata: "Kami masih menyelidiki penyebab kemalangan dan jumlah korban." - Express.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hawk, TNI, terhempas

Artikel Lain