suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima bulan ditutup kerana pandemik Covid-19, Disneyland Hong Kong dibuka semula pada 18 Jun

Disneyland Hong Kong akan dibuka semula 18 Jun ini selepas ditutup sejak 26 Januari lalu. Foto: Hong Kong Disneyland

TAMAN Tema Disneyland Hong Kong akan dibuka semula pada Khamis (18 Jun) dengan pengurangan kapasiti dan prosedur keselamatan serta kesihatan yang dipertingkat, lapor agensi berita Xinhua.

Disneyland Hong Kong ditutup sejak 26 Januari lalu ekoran penularan Covid-19.

Ia merupakan taman tema disney yang keenam ditutup akibat pandemik berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Disneyland Hong Kong berkata semasa fasa awal pembukaan semula, pengunjung berusia tiga tahun ke atas perlu membuat tempahan dalam talian dan perlu mengisytiharkan tahap kesihatan.

Kanak-kanak berumur di bawah tiga tahun tidak boleh masuk percuma tanpa membuat tempahan terlebih dahulu.

Sebelum memasuki taman tema pengunjung perlu menjalani pemeriksaan suhu semasa dan memakai pelitup muka. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Disneyland Hong Kong, Covid-19

Artikel Lain