suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wayar pengecas telefon bimbit ‘berselirat’ dalam pundi kencing, doktor percaya ia ada kaitan dengan kepuasan seksual

Wayar sepanjang kiria-kira 61cm berjaya dikeluarkan daripada pundi kencing seorang lelaki. Foto: SWNS

SEKUMPULAN doktor berjaya mengeluarkan wayar pengecas telefon bimbit sepanjang kira-kira 61 sentimeter (cm) daripada pundi kencing seorang lelaki.

Pesakit berusia 30 tahun itu mendapatkan rawatan di Hospital Guwahati, utara India, selepas mengadu sakit perut minggu lalu.

Menerusi imbasan x-ray, jelas kelihatan imej wayar pengecas itu berselirat di bahagian pundi kencing pesakit lelaki berkenaan dan doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya.

Sekumpulan lima pegawai perubatan melakukan pembedahan tersebut yang mengambil masa selama 45 minit.

Tidak jelas bagaimana wayar telefon bimbit itu 'masuk' ke dalam pundi kencingnya.

Bagaimanapun doktor percaya ia berkemungkinan dimasukkan untuk tujuan 'kepuasan seksual'. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain