suria

Terperangkap dalam perigi lama enam hari tanpa makan, minum selepas dikejar anjing

Pemuda tersebut mengalami patah kaki.

SEORANG lelaki yang terjatuh ke dalam sebuah perigi lama sedalam empat meter di Bali berjaya diselamatkan setelah enam hari bertahan tanpa makanan atau air.

Jacob Roberts, 29, dipercayai terjatuh ke dalam perigi yang sudah tidak lagi digunakan berhampiran Petjatuh setelah dikejar seekor anjing.

Lelaki warga Britain itu mengalami patah kaki.

Namun dia diselamatkan seorang petani yang terdengar jeritannya meminta tolong semasa keluar memberi lembu peliharaannya makan.

Roberts bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari lubang perigi sedalam empat meter itu oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Kuta Selatan, Yusak Agustinus Sooai berkata Roberts kelihatan cengkung dan mengalami kecederaan.

"Mangsa mendakwa terperangkap di dalam perigi itu selama enam hari sebelum diselamatkan pasukan Basarnas pada Sabtu," katanya.

Roberts dibawa ke Hospital BIMC Nusa Dua untuk rawatan susulan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jatuh, perigi, patah kaki, anjing

Artikel Lain