suria

Pesakit terakhir disahkan pulih, New Zealand kini bebas Covid-19!

New Zealand diisytiharkan bebas Covid-19 selepas pesakit terakhirnya pulih. Foto: Getty Images

NEW Zealand berjaya dalam 'perang' menentang Covid-19 apabila pesakit terakhirnya disahkan pulih.

Bermula tengah malam Isnin, semua bentuk acara awam dibenarkan untuk dianjurkan tanpa sekatan atau penjarakkan sosial.

Walaubagaimanapun, individu yang tiba di negara itu tetap diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Hari ini merupakan hari ke-17 tanpa kes baharu positif Covid-19 di negara itu, dan hari ini juga merupakan kali pertama tiada kes aktif yang dilaporkan sejak Februari lalu.

Bagaimanapun pihak kesihatan memberi amaran bahawa wabak itu masih boleh diimport ke negara berkenaan, di mana negara itu kini menutup pintu masuknya kepada semua pelancong kecuali rakyatnya, dengan beberapa pengecualian. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

New Zealand, Covid-19

Artikel Lain