suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan kekasih ditangkap khalwat jalani hukuman sebat sambil guna topeng muka

Pemuda yang ditangkap khalwat bersama pasangannya dihukum sebat di hadapan khalayak ramai.

SEPASANG kekasih dihukum sebat sebanyak 100 kali di khalayak ramai selepas ditangkap khalwat di Indonesia.

Meskipun wabak Covid-19 masih lagi meruncing di negara itu, puluhan orang berkumpul di luar masjid dekat wilayah Aceh Besar pada Jumaat untuk melihat hukuman terhadap pasangan tersebut.

Mereka dikenakan 100 sebatan selepas melakukan seks sebelum berkahwin.

Pihak berkuasa berkata mereka telah mengambil langkah keselamatan yang mencukupi.

Pasangan itu turut diperiksa suhu badan dan memakai topeng muka ketika hukuman sebat dilaksanakan.

Lelaki itu yang namanya tidak didedahkan dilaporkan gagal menahan kesakitan sehingga memaksa hukuman itu dihentikan seketika.

"Pasangan itu layak dihukum 100 sebatan kerana melanggar undang-undang Islam," kata Ketua Jenayah Umum di Pejabat Pendakwa Raya wilayah Aceh Besar, Agus Kelana Putra.

Jumlah mereka yang hadir menyaksikan hukuman tersebut jauh lebih kecil.

"Tidak ramai yang datang kerana hukuman ini pernah dilihat banyak kali sebelum ini atau mereka bimbang dengan wabak Covid-19," kata seorang penduduk tempatan. - Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain