suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembar seiras amal diet berbeza, buat perbandingan badan selepas 12 minggu

Kembar seiras itu menjalani eksperimen bermula Januari hingga Mac lalu.

PASANGAN kembar seiras ini sememangnya memiliki rupa dan bentuk tubuh yang hampir sama.

Namun, duo dikenali sebagai Hugo dan Ross itu membuat eksperimen ke atas tubuh mereka untuk membuat perbandingan hasil 12 minggu kemudian.

Dalam tempoh bermula Januari hingga Mac lalu, Hugo mengamalkan pemakanan berasasan sayur sahaja manakala Ross mengamalkan pengambilan daging.

Eskperimen itu turut mendapat pemerhatian dan dibantu olah saintis dari King's College, London.

Hasilnya, Hugo dilaporkan mencatat tahap tenaga yang lebih tinggi.

Malah, mindanya juga lebih fokus dengan pemakanan berasaskan sayuran.

Ross yang mengamalkan pengambilan daging merekodkan pertambahan lemak dan berat bedan.

Dalam pada itu, Hugo dan Ross turut meluahkan kesudian jika eksperimen itu akan disambung lagi dengan bantuan saintis berkenaan.

Malah, mereka tak kisah jika ia berlarutan enam bulan ke setahun. - Boredpanda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hugo, Ross, kembar seiras

Artikel Lain