suria

Bekas Jeneral AS dakwa Rumah Putih sembunyikan maklumat tentang Kim Jong-un

Bekas Jeneral AS mendakwa Rumah Putih mengetahui lebih banyak maklumat mengenai keadaan kesihatan Kim Jong-un. Foto: Getty Images

JENERAL bersara Amerika Syarikat (AS), Jack Keane mendedahkan bahawa Rumah Putih mengetahui lebih banyak maklumat mengenai keadaan kesihatan Kim Jong-un.

Sehingga kini keberadaan pemimpin Korea Utara itu kekal misteri apatah lagi tiada laporan daripada media tempatan sekaligus menimbulkan spekulasi mengenai kesihatannya.

Kim kali terakhir dilihat di khalayak pada 12 April.

Sebelum ini terdapat khabar yang mengatakan bahawa Kim mungkin tinggal di sebuah resort di Wonsan untuk melindungi dirinya dari dijangkiti wabak Covid-19

Namun, Jeneral Keane menolak kemungkinan tersebut.

Bercakap kepada Fox Business, Keane mengatakan bahawa pegawai kanan AS menyembunyikan apa yang mereka tahu dari masyarakat umum.

Keane berkata: "Pentadbiran AS tahu lebih banyak daripada apa yang disampaikan kepada umum.

"Namun, saya rasa kita dapat membuat beberapa kesimpulan. Kemungkinan Kim masih hidup kerana Presiden Donald Trump ucap agar Kim dalam keadaan yang baik, dan Setiausaha AS Mike Pompeo mengatakan mereka mengawasi keberadaannya. Mereka tidak akan mengatakannya jika dia sudah mati.

"Atas sebab apa pun, Korea Utara tidak mahu Kim dilihat - dan ada alasan untuk itu.

"Kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena. Saya ragu-ragu Kim mahu melindungi diri dari koronavirus," katanya lagi. - Express.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kim Jong-un, Korea Utara, Rumah Putih

Artikel Lain