suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

WHO beri amaran, Afrika mungkin ‘ambil alih’ jadi pusat penyebaran Covid-19

Terdapat hampir 1,000 kematian direkodkan dan hampir 19,000 kes positif Covid-19 di seluruh Afrika sehingga kini. Foto: Getty Images

AFRIKA berpotensi untuk menjadi pusat penyebaran Covid-19 yang seterusnya, demikian amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga mengatakan kemungkinan wabak itu akan mengorbankan sekurang-kurangnya 300,000 orang di negara tersebut, sekaligus mendorong hampir 30 juta rakyatnya berdepan dengan kemiskinan.

Perkembangan dalam tempoh seminggu kebelakangan ini menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara tersebut.

Terdapat hampir 1,000 kematian direkodkan dan hampir 19,000 kes positif Covid-19 di seluruh Afrika sehingga kini.

Dilaporkan juga bahawa benua itu kekurangan ventilator untuk menangani pandemik Covid-19.

Lebih daripada satu pertiga penduduk Afrika kekurangan akses kepada bekalan air yang mencukupi dan hampir 60 peratus penduduk bandar tinggal di kawasan yang sesak - yang berpotensi memudahkan penyebaran wabak. - BBC.Com

Afrika, pusat, Covid-19

Artikel Lain