suria

Remaja Sindrom Down berjaya ‘lawan’ Covid-19, diraikan petugas ketika keluar hospital

Penghidap Sindrom Down ini dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan pulih daripada wabak koronavirus atau Covid-19. Foto: WPLG

"SAYA bersyukur kepada Tuhan, terima kasih kepada semua kakitangan penjagaan di hospital ini. Mereka lakukan yang terbaik untuk anak perempuan saya. Saya sangat bangga dengan mereka".

Demikian kata seorang wanita yang meluahkan rasa gembira selepas anak perempuannya yang juga penghidap Sindrom Down, disahkan pulih daripada wabak koronavirus atau Covid-19 dan dibenarkan keluar dari hospital.

Wanita itu dan anak perempuannya yang enggan dikenali identiti mereka turut dilihat melambai-lambai saat keluar dari Pusat Perubatan Kendall Regional di Miami pada Rabu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan kakitangan hospital bertepuk tangan dan bersorak ketika bekas pesakit itu disorong dengan kerusi roda yang dihias dengan belon.

Individu yang menghidap Sindrom Down cenderung mempunyai keadaan kesihatan yang boleh meningkatkan risiko kepada komplikasi Covid-19.

Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat mengatakan bahawa individu dengan Sindrom Down mempunyai risiko kecelaruan darah (blood disorder) yang tinggi termasuk anemia iaitu zat besi rendah dalam darah, dan leukemia iaitu kanser sel darah putih.- Metro.co.uk

Artikel Lain