suria

Covid-19: Kampung di Pulau Jawa guna pocong untuk elakkan penduduk keluar rumah

Orang kampung bertindak menjadi sukarelawan 'pocong' untuk menakutkan penduduk. Foto: Reuters

SEBUAH kampung di Pulau Jawa, Indonesia tampil dengan kaedah unik sebagai salah usaha untuk mengelakkan penduduknya keluar rumah ketika pandemik Covid-19, iaitu dengan meletakkan 'pocong'.

"Kami ingin menjadi berbeza dan mencipta satu kaedah pencegahan kerana 'pocong' menakutkan manusia," kata Anjar Pancaningtyas, ketua belia Kampung Kepuh di Sukoharjo.

Mereka turut berkoordinasi bersama pasukan polis mengenai inisiatif tersebut bagi menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan penjarakan sosial (social distancing).

Pocong merupakan hantu yang dibungkus dengan kain kafan putih dan terkenal dalam cerita rakyat nusantara termasuk Indonesia.

Beberapa orang kampung bertindak sebagai sukarelawan untuk menjadi hantu tersebut.

Presiden Joko Widodo menolak untuk melaksanakan perintah berkurung di negara tersebut sebaliknya menggalakkan rakyatnya mempraktikkan penjarakan sosial dan meningkatkan penjagaan kebersihan.

Indonesia sehingga kini mencatatkan 4,241 kes positif Covid-19 dengan angka korban berjumlah 373 kes. - CNA

pocong, kampung, penduduk, Jawa

Artikel Lain