suria

Arab Saudi isytihar perintah berkurung 21 hari cegah wabak Covid-19

Penduduk Arab Saudi diminta untuk tidak keluar rumah selama 21 hari melainkan ada urusan penting.

KERAJAAN Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari bermula Isnin bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara itu.

Menurut laporan Saudi Press Agency, perintah tersebut bermula pukul 7 malam sehingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.

"Menteri Dalam Negeri perlu mengambil langkah sebegini bagi membendung wabak Covid-19.

"Pihak penguat kuasa akan beri kerjasama 100% bagi memastikan rakyat patuh dengan arahan yang dikeluarkan," menurut SPA.

Walau bagaimanapun, perintah terebut tidak melibatkan kakitangan kesihatan, pegawai keselamatan, tentera dan pengamal media.

Penduduk Arab Saudi diminta untuk tidak keluar rumah sepanjang tempoh tersebut.

Mereka hanya dibenarkan keluar sekiranya terdapat urusan penting.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan 511 kes positif dilaporkan di Arab Saudi pada Ahad. Salaam Gateway

Artikel Lain