suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Monumen cinta’ Taj Mahal ditutup elak penularan Covid-19

Kerajaan India menutup Taj Mahal untuk mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19. Foto: Getty Image

MONUMEN ikonik Taj Mahal di India ditutup sebagai satu usaha untuk mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19.

Kementerian Kebudayaan India berkata, berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat 'monumen cinta' itu setiap hari dan ia adalah 'penting untuk menutupnya'.

Taj Mahal adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkemuka di dunia, di mana ia menarik seramai 70,000 orang pengunjung setiap hari.

India merekodkan 126 kes positif Covid-19 setakat ini, dengan tiga kes kematian telah dicatatkan.

Pada Selasa, Menteri Kebudayaan India, Prahlad Patel berkata semua 143 monumen dan muzium akan ditutup sehingga 31 Mac dan keputusan itu akan dikaji semula selepas tempoh berkenaan. - BBC.Com

Taj Mahal, India

Artikel Lain