suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Lelaki jilat jari, lap pada tiang pemegang tangan dalam tren

Seorang lelaki dirakamkan menjilat jarinya sebelum mengelapnya pada tiang pemegang tangan penumpang dalam sebuah tren. Foto SoufOff

SEORANG penumpang ditahan selepas dirakamkan menjilat jarinya dan mengelap pada pemegang tangan dalam sebuah tren di Belgium.

Pihak berkuasa pengangkutan Belgium memberi respons kepada seorang pengguna media sosial yang memuat naik video berkenaan.

Lelaki yang mabuk itu kemudian ditahan polis.

Menerusi klip video itu, seorang lelaki menanggalkan topeng mukanya dan dilihat memasukkan jarinya ke dalam mulut.

Dia kemudian dirakamkan menjilat jari dan mengelapnya pada tiang pemegang tangan di dalam tren.

"Lelaki itu ditahan polis dan anggota keselamatan. Gerabak tren itu dihentikan operasi untuk kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi.

"Terima kasih di atas mesej anda. Tren metro kami dibersihkan setiap hari," katanya. - Independent UK

Covid-19, jilat, tren, topeng muka

Artikel Lain