suria

Isteri PM Sepanyol turut dijangkiti Covid-19

Begona Gomez turut disahkan dijangkiti Covid-19. Foto: AP

BEGONA Gomez, isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, disahkan positif Covid-19.

Berita itu disahkan oleh pejabat perdana menteri, pada Sabtu.

Menurut sumber kerajaan, Gomez dan Sanchez berada dalam keadaan baik dan mematuhi langkah pencegahan yang disarankan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Berita keadaan isteri Sanchez menyusul hanya tiga jam selepas perdana menteri itu meluluskan pelaksanaan perintah darurat selama 15 hari bagi memerangi wabak Covid-19.

Tentera Sepanyol juga telah dikerah untuk membantu menangani krisis dan bertanggungjawab ke atas barang bekalan penting, manakala perkhidmatan kereta api dan bas antara bandar telah dikurangkan sebanyak 50% susulan jumlah kes positif Covid-19 di negara itu melonjak kepada lebih daripada 6,300 orang.

Ahli politik Sepanyol lain yang turut dijangkiti wabak tersebut termasuk Menteri Kesetaraan Irene Montero, pasangan timbalan perdana menteri kedua Sepanyol, Pablo Iglesias, dan Carolina Darias, Menteri Dasar Wilayah.

Sementara itu ketua parti Vox, Santiago Abascal dan setiausaha agung parti politik itu, Ortega Smith turut disahkan positif Covid-19. - THE STAR

Sepanyol, isteri, Perdana Menteri

Artikel Lain