suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lahir 11 minggu lebih awal, bayi bersaiz anak patung kini membesar dengan sihat

Logan dilahirkan pada September tahun lalu. FOTO: SWNS.

SEWAKTU dilahirkan, bayi ajaib ini bersaiz lebih kecil berbanding anak patung yang dibeli ibu bapanya.

Selepas lima bulan, dia kini membesar dengan sihat dan sudah mencapai saiz yang lebih besar berbanding patung itu.

Begitulah kisah melibatkan Logan Teague yang dilahirkan 11 minggu lebih awal.

Menurut ibunya, Danielle Forrester, dia meletakkan anak patung itu bersama Logan di dalam inkubator selepas dia dilahirkan.

"Patung beruang tu agak kecil. Tapi Logan lebih kecil masa tu.

"Ia buat kami sedar betapa kecil dan lemahnya dia," ujar wanita itu.

Pada September lalu, dia secara tiba-tiba mengalami pendarahan, memaksa dia melahirkan Logan secara pembedahan biarpun belum tiba masanya.

Kata wanita dari Northampton, England itu, dia boleh memegang Logan dengan tapak tangan sahaja sewaktu dilahirkan pada tahun lepas.

Namun katanya, dia berasa bertuah kerana Logan kini membesar dengan sihat. - Daily Star.

Logan Teague, bayi

Artikel Lain