suria

Pelajar tak dibenar bersekolah kerana rambut afro menang tuntutan saman

Ibu bapa Ruby membuat tuntutan saman ke atas sekolah anaknya.

HAK pendidikan untuk semua!

Bukan itukah yang kita semua perjuangkan selama ini?

Namun, lain pula ceritanya melibatkan sebuah sekolah di Hackney, London apabila seorang pelajar diusir kerana memiliki rambut afro.

Menurut pihak sekolah, gaya rambut berkenaan melanggar polisi institusi pengajian itu.

Namun, ibu bapa kepada Ruby Williams membuat tuntutan saman kerana tindakan diskriminasi yang dilakukan oleh sekolah berkenaan.

Hasilnya, mereka berjaya memenangi tuntutan itu dan dibayar pampasan sebanyak £8,500 (RM45,386).

Menurut pelajar berusia 14 tahun itu, selain malu, dia juga tertekan akibat sekatan yang dikenakan oleh pihak sekolah.

Antara alasan tak masuk akal termasuklah rambutnya akan menghalang pandangan pelajar lain untuk melihat papan tulis dalam kelas. - The Indipendent.

Ruby Williams, rambut afro, saman

Artikel Lain