suria

Padah Instafamous tunjuk seluar dalam ketika nyanyi lagu kebangsaan

Irina sering berkongsi foto berbikini di laman sosia. Foto irina_moroziuk/Instagram

ISTERI kepada seorang pemain bola sepak warga Ukraine boleh didakwa dengan sabitan hukuman penjara tiga tahun, kerana menunjukkan seluar dalamnya semasa menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.

Menerusi satu video, isteri Mykola Moroziuk, Irina mengayakan baju ketat dan seluar longgar, dengan mendedahkan seluar dalamnya.

Dia kemudian memandang ke arah cermin dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Ketika menyanyikan lagu berkenaan, Irina secara perlahan-lahan menanggalkan seluarnya.

Menurut seorang peguam, Yuriy Yurchenko, wanita itu boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun kerana mencemarkan imej negara.

Bercakap kepada media tempatan, Champion: "Menurut Perkara 338 Kanun Jenayah Ukraine, mencemarkan simbol negara boleh dihukum dengan denda sehingga 50 pendapatan minimum tanpa cukai, atau dipenjara antara enam bulan sehingga tiga tahun." 

Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan ke atas personaliti media sosial itu.

Irina mempunyai lebih 50,000 pengikut di laman sosial dan sering berkongsi fotonya berbikini selain menunjukkan video rutin senamannya.

Suaminya Mykola merupakan pemain pertahanan bagi pasukan Liga Super Turki, Caykur Rizespor. - Daily Star


Artikel Lain