suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amuk akibatkan 21 terbunuh, tentera Thailand ditembak mati di pusat beli-belah

Tangkapan skrin menerusi penstriman video secara langsung di Facebook menunjukkan Jakrapanth Thomma di luar sebuah bangunan selepas melancarkan serangan di Nakhon Ratchasima, timur Thailand. Foto ocial Media / AFP

ASKAR Thailand yang melepaskan tembakan rambang dan membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 42 yang lain, telah ditembak mati di sebuah pusat beli-belah di timur laut negara itu.

Pegawai berkata, tentera berkenaan yang berang dengan isu kewangan bertindak membunuh dua orang sebelum menembak lebih ramai mangsa dalam kejadian pada Sabtu.

Suspek memandu ke pusat beli-belah yang sibuk sehingga mengakibatkan ramai mengunjung lari ketakutan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Leftenan Jeneral Kongcheep Tantrawanich berkata,  Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma merupakan individu di sebalik serangan yang berlaku di Nakhon Ratchasima, di timur laut Thailand.

Kebanyakan insiden tembakan berlaku di pusat beli-belah Terminal 21 Korat.

Ramai mangsa yang terkorban di luar pusat beli-belah, sebahagian lagi di dalam kereta, manakala yang lain ketika sedang berjalan. 

Pada lewat malam Sabtu, polis mengumumkan mereka telah mengepung pusat beli-belah itu, tetapi masih memburu penembak berkenaan.

Bagaimanapun, dalam satu sidang media yang diadakan 16 jam kemudian di luar pusat beli-belah itu, pihak berkuasa mengumumkan lelaki bersenjata tersebut telah ditembak mati. - AP

Artikel Lain