suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli patung dinosaur secara online untuk anak, bapa terkejut lihat saiznya hingga terpaksa diangkut dengan kren

Patung Dinosaur yang tiba di kediaman lelaki itu. FOTO: Facebook/Andre Bisso.

KASIH Sayang seorang bapa, apa sahaja permintaan anak pasti akan dituruti.

Begitu juga dengan Andre Bisson yang membuat pembelian patung dinosaur secara dalam talian untuk anaknya yang berusia empat tahun.

Tanpa disangka-sangka, dinosaur yang dihantar ke rumahnya di Guernsey , England bersaiz gergasi, sehingga terpaksa diangkut menggunakan kren.

Ujar Andre, dia menyangka dinosaur itu setinggi tiga meter sahaja, namun yang tiba bersaiz dua kali ganda.

Kata Andre, dia menemui satu iklan mengenai sebuah taman tema yang mahu menjual patung-patung dinosaur lama.

"Ia dijual dalam internet, ada gambar sahaja. Saya pun tak ambil kisah mengenai informasinya.

"Saya tahu ia besar. Saya fikir tiga meter. Rupanya enam meter," ujarnya.

Malah, dinosaur itu juga terlalu besar sehingga tidak muat untuk diletakkan sepenuhnya di dalam lori. - Mirror.

dinosaur, permainan

Artikel Lain