suria

Derita ‘period pain’ teruk sejak remaja, rupa-rupanya wanita ini punyai dua rahim

Katie Uzzell (kanan) hanya mengetahui dirinya mempunyai dua rahim atau dikenali sebagai uterus didelphys – apabila mengandungkan anak sulungnya, Sienna. Foto: Dailystar

SEORANG ibu muda terkejut apabila mengetahui dirinya mempunyai dua rahim.

Katie Uzzell, 23, hanya mengetahui keadaan tersebut yang jarang-jarang berlaku – dikenali sebagai uterus didelphys – apabila mengandungkan anak sulungnya, Sienna.

Uzell, sebelum ini terpaksa menanggung kesakitan yang teruk setiap kali datang bulan sejak dia berusia 12 tahun, namun ketika itu pegawai perubatan gagal untuk mengenal pasti punca kesakitannya.

“Saya rasa sangat tidak faham bahawa kesakitan ini menyebabkan saya tidak sihat dan saya tidak faham mengapa gadis-gadis lain di sekeliling saya dapat mengatasi kesakitan dengan baik.

“Ia benar-benar mengelirukan pada usia muda dan menakutkan sehingga saya dapat menghadapi kesakitan ini setiap bulan untuk seluruh hidup saya,” kata Uzell.

“Sehinggalah saya mengandung, imbasan mengesahkan saya mempunyai dua rahim. Saya diberitahu bahawa anatomi saya adalah satu dalam sejuta,” ujarnya.

Pada peringkat awal kehamilan, anaknya berkembang di rahim kiri, tetapi pada lapan minggu, bayi kedua ditemui di rahim kanan.

Bagaimanapun, dua minggu kemudian, pegawai perubatan mendapati bayi dalam rahim kanan Uzell berhenti berkembang, tetapi bayi di kantung kirinya berkembang dengan baik. - Dailystar

dua rahim, period pain

Artikel Lain