suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mata anjing terkeluar selepas jadi mangsa langgar lari

Haiwan ini cedera selepas menjadi mangsa langgar lari.

SEEKOR anjing baka French Bulldog cedera menerusi satu kejadian langgar lari di Greenhithe, Kent, England pada 4 Oktober lalu.

Malah, kejadian itu turut menyebabkan biji matanya terkeluar setelah ia dilanggar sebuah van.

Pemilik haiwan berkeanaan, Peter Lovelock, 37, mengakui masih bersedih dan sukar tidur apabila terkenangkan kejadian berkenaan.

Anjing berusia tiga tahun itu terpaksa menjalani rawatan untuk mengeluarkan kedua-dua matanya.

Malah, ia turut mengalami retak tulang pipi.

Lebih malang, kejadian itu disaksikan sendiri oleh anak Peter yang berusia 11 tahun sewaktu dia sedang meraikan hari lahirnya.

Peter turut membuka akaun Go Fund Me demi mencari dana untuk rawatan anjing berkenaan. - Daily Star.

anjing, langgar lari, mata, van

Artikel Lain