suria

Wanita keliru mahu tinggalkan suami, jalin hubungan sulit dengan adik ipar yang lebih penyayang

Kata wanita itu, adik iparnya lebih penyayang berbanding suami sendiri. (gambar hiasan)

SEORANG wanita mengakui kurang bahagia dengan suaminya selepas mereka dikurniakan cahaya mata pertama.

Selain faktor kesibukan masa, aspek kemesraan dan kasih sayang turut menjadi punca kepada permasalahan itu.

Wanita berusia 35 tahun itu berkongsi ceritanya dengan The Sun.

Menurut wanita itu, suaminya berusia 38 tahun dan banyak mengembara untuk bekerja.

Apabila berada di rumah, dia seolah-olah malas dan langsung tidak membantu menguruskan anak mereka yang berusia 18 bulan.

Kata wanita itu, ia berbeza dengan adik lelaki suaminya yang berusia 36 tahun.

Segalanya bermula apabila paip kediaman wanita itu rosak dan dia memangggil adik iparnya.

Selesai membaiki paip, mereka minum bersama-sama sebelum bercerita mengenai isi hati masing-masing.

"Saya rasa sedikit mabuk. Sejujurnya sejak dulu macam ada keserasian antara kami, alkohol buat saya berani untuk berterus terang.

"Dia juga cerita dia tak gembira di rumah. Saya kata, saya rindukan belaian dan kasih sayang," luah wanita itu.

Sejak detik itu, mereka menjalinkan hubungan sulit secara senyap-senyap di belakang pasangan masing-masing.

Namun kata wanita itu, dia masih lagi keliru untuk memilih suaminya atau adik iparnya.

"Dia mahu tinggalkan isterinya untuk saya. Adik ipar saya lebih memberi kasih sayang berbanding suami sendiri.

"Tetapi saya berperang dengan diri sendiri setiap hari. Saya tak pasti apa yang terbaik untuk saya," katanya lagi. - The Sun.

Artikel Lain