suria

Selepas miliki 10 anak lelaki, akhirnya rumah keluarga ini diceriakan dengan bayi perempuan

Alexis dan Davie bersama anak-anaknya.

SEBUAH keluarga bertambah ceria apabila penantian untuk mendapat anak perempuan termakbul selepas memiliki sepuluh orang anak lelaki.

Alexis Brett,39, yakin dia akan mendapat seorang lagi bayi lelaki dan dia hampir tidak mahu melakukan sonographer untuk kandungannya yang ke-11.

"Kami semua sangat sayang kepadanya. Seluruh ahli keluarga.

"Setiap kali kami membawa balik bayi baharu, seluruh keluarga sangat gembira dan membantu, tetapi kini anak-anak lelaki saya lebih teruja.

Alexis bersama anak bongsunya.

"Mereka akan melakukan apa sahaja untuk adik perempuan mereka. Semua orang akan menolong memakai gaun yang cantik-cantik dan mereka sangat pelindung adiknya," ujar Alexis.

Alexis dan Davie yang tinggal di Inverness memiliki sepuluh orang anak lelaki berusia dua hingga 17 tahun.

Bekas jururawat yang kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan berkata: "Saya tidak terfikir bahawa kami akhirnya akan memiliki anak perempuan.

"Pada fikiran saya, sudah cukup untuk memeriksa jantina setiap kali mengandung kerana ianya akan sama sebaik sahaja bayi dilahirkan.

"Jika mendapat anak lelaki, saya tetap teuja dan gembira memiliki mereka, tetapi kali ini bukan saya seorang sahaja (perempuan) dalam rumah," jelasnya. - metro.co.uk

Anak perempuan, keluarga

Artikel Lain