suria

Gajah berhias mengamuk, ramai pengunjung festival cedera

Foto sekitar festival berkenaan.FOTO: DERANA TV.

TUJUH belas individu cedera selepas dua gajah mengamuk sewaktu pertunjukan jalanan di Sri Lanka pada Sabtu.

Bermula dari sebuah kuil Buddha yang berusia 600 tahun, perarakan festival itu berlangsung dengan kehadiran penari, gajah berhias dan orang ramai.

Menurut media tempatan, penonton yang cedera diberi rawatan di Hospital Kalubowila Teaching dan Hospial Besar Colombo.

Menerusi video tular, gajah itu dibawa berarak sambil diiringi orang ramai.

Ia secra tiba-tiba mula bertindak agresif dan mengamuk.

Malah, ada individu yang terjatuh dari atas bekalang haiwan berkenaan. - Newshub.

gajah, perarakan, festival

Artikel Lain