suria

Cinta terhalang, pasangan kekasih selfie buat kali terakhir sebelum bunuh diri

Selfie maut itu dimuat naik pasangan kekasih ini di media sosial mereka.

SEORANG wanita yang sudah berkahwin bersama kekasihnya didakwa bergambar dengan pistol sebelum membunuh diri.

Pasangan kekasih itu dikenal pasti sebagai Anju Suthaar dan Shamkar Chaudhary, masing-masing berusia 21 tahun.

Difahamkan kedua-dua memuatnaik gambar tersebut buat kali terakhir di media sosial sebelum membunuh diri.

Menurut New18, mereka turut meninggalkan rakaman audia yang memaklumkam mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

The Time of India melaporkan Anju sudah berkahwin hampir dua bulan.

Insiden itu berlaku di perkampungan Leelasar di Jaisalmer.

Siasatan polis turut dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana mereka memiliki pistol tersebut.

"Kami akan bercakap dengan rakan dan keluarga mereka untuk mengetahui dari mana mereka memperoleh pistol tersebut," kata jurucakap polis.

Sebelum kejadian itu, pasangan kekasih itu dilaporkan mabuk. - Mirror.co.uk

selfie, bunuh diri, pistol

Artikel Lain