Selepas 33 tahun ditinggalkan di tandas, lelaki ini temui keluarga kandung,"Malangnya ibu sudah meninggal dunia" - Dunia | mStar

Selepas 33 tahun ditinggalkan di tandas, lelaki ini temui keluarga kandung,"Malangnya ibu sudah meninggal dunia"

Hydes ditinggalkan di dalam tandas wanita di lapangan terbang pada usia 10 hari.

SEORANG bayi lelaki ditinggalkan di sebuah tandas di Lapangan Terbang Gatwick 33 tahun lalu.

Steve Hydes atau dikenali Gary Gatwich sempena nama maskot lapangan terbang ditemui di salah sebuah tandas di South Terminal.

Pakar telah mengambil sampel DNA yang akhirnya menjawab teka-teki Hydes mengenai latar belakang keluarga sendiri.

Namun agak malang buat Hydes kerana tidak sempat bertemu ibu kandungnya yang telah meninggal dunia.

Bagaimana pun, bapanya masih hidup dan Hydes mendapati dia turut mempunyai adik beradik yang lain, tanpa disedari mereka.

Hydes memuat naik posting di Facebooknya: “Selepas 15 tahun mencari, saya akhirnya gembira dan mengesahkan bekerja keras Genetic Genealogist Cece Moore and Helen Riding telah menemui keluarga asal saya.

Hydes masih menyimpan selimut dan anak patung yang diberikan padanya ketika masih bayi.

“Malangnya ibu kandung saya telah meninggal dunia, jadi saya tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa.

“Bagaimana pun saya menemui bapa kandung dan adik beradik lain yang tidak tahu kewujudan saya.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu dalam pencarian ini.” 

Hydes ditemui seorang pembantu jualan Beryl Wrigh, yang ketika itu dia hanya dibaluti dengan selimut di tandas wanita pada 10 April 1986, dipercayai pada usia 10 hari.

Dia kemudian diserahkan ke rumah anak yatim dan kemudian dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga bersama tiga orang kakak.

Hydes tetap menyimpan semua barang-barangnya yang ditemui ketika dia masih bayi termasuk anak patung Gary Watwick yang dihadiahkan kepadanya ketika itu.-metro.co.uk

bayi tinggal , lapangan terbang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain