suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Segi tiga misteri di Lautan Pasifik cetus tanda tanya

Paparan skrin rakaman berkenaan.

SEBUAH objek gergasi berbentuk segi tiga dilihat terapung di lautan Pasifik.

Rakaman yang diperolehi menerusi satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) itu dipercayai berlaku pada Selasa lalu.

Menerusi rakaman itu, terlihat kepulan awan sebelum objek berwarna hitam berkenaan muncul.

Menurut individu yang memuat naik rakaman berkenaan, objek itu berada di sana selama tujuh jam.

"Anda boleh lihat objek gergasi berbentuk segi tiga di atas permukaan laut.

"Dah hampir 10 tahun saya gunakan satelit secara berterusan, saya tak pernah nampak sesuatu seperti ini," kata pengendali akaun Youtube konspirasi, MrMBB333.

Dalam pada itu, ramai pelayar platform berkenaan turut meninggalkan komen berhubung objek misteri ini.

Malah, ada yang membuat spekulasi bahawa objek itu merupakan projek rahsia kerajaan. - Daily Star.

segi tiga, satelit, konspirasi, NOAA

Artikel Lain