suria

Anjing menyalak, petani sempat bertentang mata dengan buaya bawah katil

Buaya yang ditemui di bawah katil di rumah petani berkenaan.

SEORANG petani di Gujerat, India, dikejutkan dengan kehadiran tetamu tidak diundang di kediamannya, awal minggu ini.

Lelaki itu tersedar pada waktu malam sebelum menemui seekor buaya berukuran 2.4 meter sedang berada di bawah katilnya.

Buaya itu dikatakan telah bergerak sejauh 500 meter dari sebuah sungai berhampiran kediaman lelaki itu.

Babubha Parmar berkata, dia pada mulanya tersedar kerana bunyi salakan anjing sekitar 1.30 pagi.

Sejurus itu, dia melihat ke bahagian bawah katilnya sebelum bertentang wajah dengan repitilia berkenaan.

Parmar yang ketakutan terus berlari ke arah rumah jirannya untuk memohon pertolongan.

Setengah jam kemudian, pegawai jabatan perhutanan tiba untuk membawa keluar reptilia itu.

Ia kemudiannya dipindahkan ke Tasik Malataj yang menjadi habitat kepada 150 buaya.

Untuk rekod, kejadian sama pernah dilaporkan di Orrisa, India pada tahun 2017. - Daily Star.

buaya, petani, India

Artikel Lain