suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka kencing merata-rata, dua beradik tetap bawa singa ronda-ronda naik kereta

Simba dibawa bersiar-siar menaiki kenderaan oleh dua pemiliknya.

DUA beradik dari Karachi, Pakistan menjadi bualan ramai setelah mereka membawa seekor singa bersiar-siar menaiki kereta.

Hamzah dan Hassan Hussain mula membela haiwan yang digelar Simba itu sewaktu ia berusia dua minggu.

Mereka mengambil keputusan untuk membela Simba selepas ibu singa berkenaan enggan menyusukannya.

Kini, Simba tinggal bersama di kediaman mereka dan sering dibawa keluar berjalan-jalan menaiki kereta.

Menurut dua beradik itu, Simba suka kencing merata-rata.

Dalam pada itu, segelintir pelayar media sosial turut memberi komen berhubung dua beradik itu dan haiwan peliharaan mereka.

Ujar mereka, Simba tidak patut dibela dan haiwan liar seperti itu sepatutnya berada di habitat asal mereka.

Ujar warga maya, seekor singa memerlukan ruang untuk mereka bergerak bebas dan meletakkannya dalam sebuah rumah adalah satu perbuatan kejam.

Namun satu fakta yang agak menarik untuk diketahui, singa dan harimau boleh dibeli untuk dibela sebagai binatang peliharaan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat.

Menurut pakar, terdapat ribuan harimau dibela secara persendirian di negara itu. - Daily Star.

singa, hamzah, hassan hussain

Artikel Lain