suria

Nama panggilan baharu Meghan tak elok, boleh buat Putera Harry berang

Meghan Markle (kiri) dan Putera Harry.

LAPORAN mengenai kakitangan di Istana Kensington di United Kingdom yang memberikan nama panggila yang tidak elok untuk Meghan Marke, akan membuatkan Putera Harry kesan dan marah.

Majalah Tatler mendakwa Duchess yang kini sarat mengandung itu diberikan nama Me-Gain oleh kakitangan, termasuk pekerjanya sendiri.

Terdahulu, turut terdapat laporan dia dirujuk sebagai Difficult Duchess (Duchess yang cerewet) tanpa pengetahuannya.

Bekas pembantu Ratu Elizabeth, Dickie Arbiter bersuara mengenai pandangannya berhubung reaksi pasangan itu terhadap berita tersebut.

Bercakap kepada The Today Show, katanya: "Beliau (Putera Harry) akan marah apabila sesuatu seperti ini akan keluar.

"Beliau akan marah, beliau akan kecewa dan beliau mahu melindungi Meghan.

"Beliau mahu bayi mereka lahir dan persembahkan kepada dunia dan kemudian mereka boleh memulakan kehidupan baharu," tambahnya.

Pasangan itu dijangka menyambut anak pertama mereka beberapa minggu lagi, dan menunggu untuk berpindah ke rumah baharu Kotej Frogmore. - Mirror UK



Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain