suria

PM India umum tembak satelit sendiri di ruang angkasa

Bekas ketua Agensi Angkasa India, Madhavan Nair turut menyifatkan misi tersebut sebagai satu pencapaian hebat negara.. FOTO:MSN.com

INDIA menembak satu satelit di ruang angkasa menerusi satu ujian teknologi peluru berpandu terbaharu, umum Perdana Menteri Narenda Modi.

Operasi yang digelar Mission Shakti itu menjadikan India sebagai satu negara kuasa besar yang berupaya mencapai keupayaan itu selain Amerika Syarikat (AS), Rusia dan China.

"Teknologi baharu ini tidak disasarkan kepada mana-mana negara," kata Narendra.

Ujarnya, satu satelit yang masih berfungsi di ruang angkasa menjadi sasaran ujian tersebut.

Menurut pakar, sebuah satelit mini ditempatkan di ruangan orbit rendah sekitar sebulan lalu untuk misi berkenaan.

Pengumuman perdana menteri itu turut disiarkan secara serentak menerusi semua stesen radio dan televisyen di India.

Bekas ketua Agensi Angkasa India, Madhavan Nair turut menyifatkan misi tersebut sebagai satu pencapaian hebat negara.

Untuk rekod, China menjalankan ujian anti-satelit pertama mereka pada 2007.

AS dan Rusia turut menjalankan ujian serupa pada 1980-an biarpun ia diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1967.

Washington bagaimanapun menghentikan misi itu pada 1985 bagi mengelakkan wujudnya serpihan di ruang angkasa.

Satu sumber kementerian luar India berkata, ujian mereka dilakukan di orbit rendah bagi memastikan sebarang serpihan akan jatuh ke bumi dalam masa seminggu, sekaligus mengelakkan wujudnya serpihan di ruang angkasa. - The Indipendent.

India, Anti Satelit

Artikel Lain