suria

Lelaki 40 tahun pukul, sumbat dumpling dalam mulut ibu setelah permintaan pelik ditolak

Suspek didakwa menyumbat dumpling ke dalam mulut ibunya. Gambar Hiasan: Choochoo-ca-Chew

TIDAK masuk akal, namun itulah yang berlaku apabila seorang lelaki 'naik angin' apabila ibunya enggan memakaikan baju untuk patung miliknya.

Mikkel Danker, 40, bukan sahaja didakwa memukul ibunya, malah dia turut menyumbat mulut wanita itu dengan dumpling yang disediakan untuk makan malam mereka.

Menurut polis di Palm Beach, Florida, suspek dan ibunya berada di taman apabila dia mengarahkan ibunya supaya menata rias patung tersebut.

Enggan berbuat demikian, wanita itu dihalang memasuki kediaman oleh anaknya.

Susulan itu, Danker terus menolak patung tersebut hingga terbalik sebelum memukul kepala ibunya dengan tangga kecil.

Malah, dia hanya berhenti selepas ibunya gagal bernafas selepas dipukul.

Selain itu, Danker turut menyepahkan barang-barang di dapur kerana berang dengan ibunya.

Jiran Danker akhirnya menghubungi polis dan ibunya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Danker yang ditahan dijangka didakwa pada minggu hadapan. - Mirror.

Mikkel Danker, Dumpling

Artikel Lain