suria

Pasport Jepun, Singapura dan Korea Selatan paling berkuasa di dunia

Ranking terbaharu itu dikeluarkan oleh firma penasihat Henley & Partners. Gambar Hiasan: wnobserver.com

JEPUN, Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa di dunia.

Demikian pendedahan ranking terbaharu oleh firma penasihat Henley & Partners menerusi Indeks Pasport Henley.

Ujar firma itu, warga tiga negara berkenaan boleh melancong ke 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

Jelas mereka lagi, ranking baharu itu juga membuktikan peningkatan kuasa negara Asia di peringkat dunia.

Menerusi ranking itu, Jerman berada di tangga kedua yang mana penduduknya boleh melancong ke 188 negara tanpa visa.

Selain itu, negara seperti Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden turut tersenarai.

Warganegara lima negara ini boleh melawat ke 187 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

Sementara itu, pemegang pasport United Kingdom pula boleh melawat ke 185 negara tanpa perlu menggunakan visa.

Dalam pada itu, Afghanistan dan Iraq berada pada kedudukan terendah yang mana warganegara mereka hanya boleh melawat ke 30 negara tanpa perlu membuat permohonan visa. - Indipendent.UK.

Pasport, Visa

Artikel Lain