suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita nyaris maut, lompat ke landasan tren gara-gara wang kertas bernilai RM118

HANYA kerana sekeping wang kertas bernilai Rs2,000 (RM118) yang melayang di landasan kereta api laju,  seorang wanita sanggup menyabung nyawa untuk mendapatkannya.

Kejadian pada pukul 10.30 pagi, Selasa di Stesen Metro Dwarka Mor di Delhi, India itu menyaksikan wanita berkenaan melompat turun ke landasan untuk mengambil wang berkenaan ketika tren menuju ke stesen.

Sebaik memegang wang kertas itu, beberapa tren dilihat menuju ke arahnya.

Bagaimanapun, wanita itu sempat bertindak pantas dengan berbaring di tengah landasan, sekali gus tren berkenaan melintasi dirinya.

Hindustan Times melaporkan, wanita itu bernasib baik kerana terselamat tetapi dia tetap dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Wanita berkenaan sebelum itu ditahan sementara oleh pengurusan stesen berkenaan untuk mendapatkan keterangannya berhubung kejadian itu.

Dia kemudiannya dibebaskan selepas menulis nota permohonan maaf atas perbuatannya hingga mengganggu perkhidmatan tren Delhi Metro.

Perkhidmatan Blue Line menghubungkan Sektor 21 Dwarka di Delhi ke Bandar Elektronik Noida tergendala sementara akibat perbuatan wanita itu.-IndiaToday




Delhi Metro, tren

Artikel Sebelum

Artikel Lain